Dialog Ikhwahku
Jam 7 malam, kerja habis dan disebabkan esok cuti, saya balik ke rumah. Jam 9.3o malam tiba di rumah, mengadap kom, mandi dan terus ke rumah ammar untuk usrah. Alhamdulillah semua ikhwah lain telah berkumpul dan saya paling lewat sampai. ish2….

Apa yang nak di highlight ialah cerita pasal dialog antara ikhwahku dengan seorang muslimah berbangsa korea. Muslimah ini lengkap berjilbab dan berpurdah. Buat pengetahuan semua, dia banyak menghafal hadis dan ayat-ayat Al Quran. dan secara praktikalnya dia sangat menjadikan islam itu sebagai cara hidup.
Pernah sekali dia ke Malaysia untuk melihat contoh salah sebuah negara Islam. Alangkah sedihnya dia kata bila melihat wanita islam bertudung tetapi mengenakan baju short sleeve ketat dan seluar jeans ketat. Katanya tidakkah mereka ini membaca Al-Quran?..tidakkah mereka melihat larangan berpakaian sebegitu?.. Dia sangat kecewa apabila melihat keadaan sebegini. Ditambahnya lagi, diantara surat cinta yang pernah diterima, surat cinta dari Allah lah yang paling bermakna dalam hidupnya. Yang mengubah hidupnya. Dari kejahilan kepada keimanan. Itulah Al-Quran.
Bila mendengar cerita dari ikhwah saya tadi, sedih pula rasanya. Dimanakah cara hidup islam dalam kehidupan kita sebagai umat islam sejak dari perut ibu. Dimanakah penghayatan al-Quran dalam hidup kita ini. Mari sama-sama kita fikirkan kembali. Kekadang mereka yang mencari Islam itu lebih menyayanginya berbanding mereka yang islam sejak dari perut ibu.
Mari lah semua. Kembalikan cara hidup Islam dalam kehidupan kita. Islam the way of life…no others….
Digg it StumbleUpon Facebook Twitter del.icio.us Google Yahoo!
salam’alaik akhi..
saje dtg jenguk2..=)
kaifa hal?
erm..btul 2..slalunya mmg yg sejak azali Islam ni x pndai mnghargai nikmat Islam ni..slalu tgk kebykan muallaf lebih MAHU kpd Islam..lebih mnjaga kesucian Islam..n ade yg lebih hebat dr kita..dari segi ilmunya..pakaiannya..dll.malu rasanya..(-.-)..
Ya Allah..jadikan kami hambaMu yg bersyukur..dan menjadi MUSLIM yg sebenar2nya..ameen~
lawa perempuan tu….tu gmbr hiasan ke atau ape ????
just perhiasan je. amik kat google