Adik-adikku…Kini Sudah Dewasa
Hari ini Ahad. Tiba-tiba rasa rindu dekat rumah. Ayah, Umi, kakak, abg ‘ammar, anas, muaz, zaid dan sumayyah. So dalam pukul 1 tadi, saya call rumah. Cakap dengan ayah, umi dan anas. Adik-adik lain(Muaz, Zaid n Su) tidur balik lepas makan sarapan. Letih betul selepas seminggu memerah otak main chess di Selangor. Mereka dapat jadi wakil n9 ke kebangsaan. Su under 12 perempuan, Zaid under 15 lelaki n Muaz under 18 lelaki. Tapi semua kecundang di sana. Tapi Su paling hebat. Menang 5 dari 7 games. Mantap2….Tapi sebab main grouping, kalah juga akhirnya pasukan n9. Papepun tahniah kpd semua. Umair xmerase pn sarung sweater chess n9 (T_T)…
Berbalik pada cerita asal. Tadi baru lepas tengok2 gmbr family yg disimpan. Tengok gambar mcm budak-budak lagi diorang ni. Tapi masa berlalu terlalu pantas, masing2 membesar dengan cepat. Anas sekarang dah 19 thn. Dah makin matang, bijak menentukan halatuju hidupnya, misinya jelas. Bekas pljr koleq ni sekarang dalam proses menghabiskan persediaan di UM. 3 minggu lagi final. InsyaAllah bro…strive 4 it. Semoga cita-cita doktor menjadi kenyataan. Muaz form 4 di STJ. Sekarang ketinggiannye melampau. Lagi tinggi dari abg-abgnya. adeh…. Br dapat result pmr tahun lps. Alhamdulillah dpt 8A. Adik yang sorang ni aktif mcm abg ammar. Semua sukan nak cuba. huhu….bgs la. Tapi jangan lupakn study. Seterusnya zaid yang makin meninggi gak sekarang. Adik yg berada di tingkatan 2 ini baru mengukir nama dalam chess n9. Bakal menjadi seperti abang-abangnya suatu hari nanti. Pesananku, selalu fokus dalam ape yang zaid lakukan. OK zaid? Adik yang terakhir, Sumayyah. Adik perempuan yang makin membesar. Bakal mengambil upsr hujung tahun ini. Belajar rajin2 kay. Moga besar menjadi seorang wanita solehah. Bagi abg2 su, kecantikan wanita itu bukan dr kosmetik yg diguna, bukan dr pakaian yg mempesonakn, tapi dari diri yang malu menzahirkn dirinya kerana takutkan Allah. Itu yang paling cantik. Rasulullah pun ade kate, Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
Berjogging
Dulu selalu gi jogging dengan adik-adik ni. Lepas solat subuh, siap2, tukar baju, gi jogging. Tapi xde la selalu sangat. Kalau xjadi pagi, kitorg gi petang. Round sekitar taman. Pastu kalau dengar anjing menyalak, semua takut. Termasuk diri ni. heh… Rindu plak nk gi jogging mcm dulu.
Solat Jemaah
Kami selalu bergilir-gilir jadi imam. Dulu ayah, tapi sekarang semua dah boleh jadi. Alhamdulillah. Terpulang kpd siapa yang ada dirumah ketika itu. Sumayyah pun kdg2 nk jadi imam kepada umi. kelakar plak kalau teringat peristiwa nk solat jemaah. Kalau x ke masjid, kami akan solat jemaah satu family. Selalunya sumayyah akan siap terlebih dahulu pakai telekung. So dia akan ke sejadah imam. Budget2 nk jadi imam. Pastu adik-adik lain pun sakat la die. Aminah wadud….huhu….Anas la suka sakat su gitu. Sekarang ini mesti Su dh xbuat mcm tu. Dh makin malu la katekn. Hafalan die pun makin bagus. Last skali sy check mase balik summer hari tu, dia dh hafal Ar-Rahman. Bacaan Quran masing-masing pun dh laju. Sejuk telinga mendengar. Strive 4 dunia n akhirat ok.
Memandu Kereta
Kalau dulu ayah akan drive ke mana sahaja nak pergi. Tapi sekarang ayah dah ada banyak driver. Akak, abg ‘Ammar, saya sendiri dan Anas. Ingat time balik summer dlu, saya dan anas bawak kereta Viva akak ke Kangar sebab akak nk guna kereta kat sane. Jauh betul… tapi Alhamdulillah. Perjalanan selamat. Kalau mengantuk je, tukar driver. So mmg xde masalah.
Sifat dan keperibadian
Setiap ahli dalam keluarga ada karaktelistik yang berbeza. Tapi jika diperincikan, seperti ade pasang-pasangnya. Ada sesetengah sifat itu sama. Kesamaan yang jelas ialah semua suka chess. Tapi kalau semue sama, x menarik la. Btul x?? Setiap seorang itu adalah pelengkap dalam keluarga. Kalau time cuti tu, walaupun x cukup sorang, rase x best je. Ade kekurangan je rase. 9 orang melengkapi satu sama lain.
Bila duk jauh, baru terasa begitu indah hubungan sebuah keluarga. Begitu cantik sekiranya Biah Islamiyah diisi ke dalamnya. Terima kasih ummi dan ayah kerana didik kami jadi manusia luar biasa. Ilmu dunia akhirat tidak akan kami lupakan. Sayang ummi dan ayah. Tidak mampu langsung kami balas jasa ummi dan ayah. Walaupun harta setinggi gunung, kebaikan seluas lautan, x mampu menandingi jasa ummi dan ayah. Maafkan umair atas byk kesalahan umair buat.
Digg it StumbleUpon Facebook Twitter del.icio.us Google Yahoo!





Allah..suka tgk keluarga anta^^
hee sedey plak bace, tp gitu la realiti nye kehidupan kn…nanti sume da bekeluarga akan bertambahlah lagi..ape2pun semoga semua berjaya di dunia sebagai bekal kejayaan di akhirat. Dan semoga semua menjadi permata yg membahagiakan ummi dan ayah.
Doa anak soleh tiada hijab untuk sampai kepada kedua ibu bapanya di alam kubur nanti. Insya Allah perbanyaklah mendoakan kedua ibubapa dan jadilah pelengkap kepada setiap orang untuk mencari kesempurnaan di dunia dan akhirat.
Memang betul la anak ni pembawa rahmat untuk kedua ibu bapa jika di didik dengan baik. Jadi gunakanlah segala pengalaman yg kita da dapat untuk didik anak2 jadi mcm ni juga. Mcm ummi cakap, wlpn anak2 takde yg sekolah agama, tp make sure anak2 cenderung ke arah agama. Soal sains, mathematic semua tetap tak boleh ditinggalkan sbb bagaimana orang Islam hendak membela nasib saudara2nya sendiri kl die sendiri tak tahu menggunakan teknologi?..
Seorang ibu adalah insan yang paling rapat dengan anak. Anak biase nye akan menjadi hebat jika ibunya boleh menjadi contoh kepadanya. Anak juga mudah menerima nasihat dari seorang ibu. Ajar dan didiklah anak melalui tingkah laku, melalui percakapan yang lemah lembut kerana manusia berbicara dari hati ke hati. Anak mudah menerima jika dilentur dari awal dengan lemah lembut.
Erm so menjadi keutamaan la kpd kita untuk mncari seorang isteri yang bakal menjadi seorang ibu yang hebat. Seorang ibu yang penyabar, menjadi role model, dan memahami tugas sebagai seorang ibu dalam erti kata seorang muslimah.
Heh penat menulis, okeh all the best untuk semua. Juga untuk sahabat2 yg lain.
alhamdulillah..bersyukurla enta dilahirkan dlm usrah yang mantap…
erm..bes nya dibesarkan dalam kluarga camni..pepe pun smoga sue bleh mnjdi spt yng dihrpkan abg2..insyaAllah abg2 n kakak sue kna la tlng jga2 kan sue nnti coz dugaan wanita lbey besar ketika melangkah alam dewesa..
sweet sgt umair.
haha.
rindu korang.
time kasih abg hakim… ^^;;
insyaAllah akan jg adik su sbaik mungkin.
Alhamdulillah, sukanya dengar kisah keluarga mu…owh baru tahu, rupanya ammar tu abg ya..dia STJ juga kah? juga di koreakan?..
Akak juga punya anak 3 kini…family akak tak mcm ummair..akak kenal usrah, biah islam&jamaah ms di universiti. insyaAllah, tekad nak wujudkan biah islam dlm keluarga sendiri…Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini..
salam kunjunagn…
kpd kak marlina,
a’ah ammar abg sy. juga blaja di STJ dlu dan tgh blaja juga di korea.
sy xsempat jumpe akak di stj dlu kot. akak spm batch brape ye?
doakan kejayaan kami di sini.
adik beradik, sekolah sama, tempat belajar sama..guna scholar mana?
akak super duper senior spm2008..batch abg syamsa abg jai..sempat dgn cikgu kang, ustz maznah…
sila salam berkunjung ke web akak jua;)
kami mcm dh takdirkn bersama
kami jpa scholar. ooo satu batch ngan abg syamsa n abg faisal. mmg xkenal la. sy pn sempat ngan cikgu kang. tp sy masuk STJ je lps tu ade majlis perpisahan ngan ustzh Maznah. So mmg xsempat nk jumpe. insyaAllah sy akan ke website akak. tp ape website nye ye?