Kenangan Lama
Hari ini terlalu panjang bagiku. Sangat banyak masa yang telah dibazirkan tanpa perkara berfaedah. Tepat sekali kata seorang sarjana Islam yang mengatakan masa lapang adalah pembunuh bagi seorang pemuda. Plan pada asalnya hendak melihat salah satu universiti di korea yang baru dibuka untuk pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke sana. iaitu SonKwunKwan University atau singkatannya SKKU. Mengikut sejarahnya, SKKU ini adalah paling tertua di korea selatan. Tetapi plan ini gagal dilaksanakan. Semua ahli rombongan tidur. adeh,,,,
Malam ini terasa untuk menulis tentang seseorang yang bagiku seorang yang istimewa, iaitu tentang Ustazah Nurasyikin, cikgu yang mengajar di sekolah ku dulu. Ustazah Nurasyikin salah seorang ustazah yang rapat dengan ku. Ketika tahun pertama saya di STJ, cikgu ini pun baru berpindah ke STJ. Kelas saya dulu terkenal dengan kelas tingkatan satu yang paling nakal iaitu 1 Al-Ahzan. Kelas yang banyak kali kena settle sebab kotor dan saya lah ketua kelasnya. Pengalaman pahit….asyik kena panggil je ke bilik AS 43 kena settle. Tapi bila fikir-fikir balik, menarik pulak.
Berbalik kepada cerita ustazah nurasyikin. Saya belajar dengannya sehingga ke tingkatan 5 dan pada tahun berikutnya ustazah nurasyikin berkahwin dan berpindah ke sekolah lain. Dalam tempoh pengajian dengannya, pelbagai perkara saya pelajari. Banyak sangat. Yang paling best saya masih ingat satu ungkapan yang sering diucapkannya iaitu ” Ni mesti ade something wrong somewhere”. Setiap kali berlaku masalah pasti ungkapan ini yang disebut. dan setiap kali mood saya berubah, pasti ustazah akan menyedarinya. Ingat lagi satu peristiwa dimana salah seorang kawan saya biadap dengan cikgu yang mengajarnya, saya agak marah dan disebabkan itu mood jadi x best. Tiba-tiba ustazah tanya kepada saya, “Kenapa kamu ni Umair, nampak macam muram je?”. dan banyak lagi peristiwa lain yang saya rasa kenangan ketika belajar dengan ustazah nurasyikin.
Ramai lagi cikgu yang istimewa bagi saya. cikgu silat Ustzh Azma, cikgu yang byk bg nasihat Ustzh Suwaibah & Cikgu Nurhashimah,barisan cikgu ADD Math yang best, cikgu yang ajar sy LK cikgu kamal, cikgu yang byk bg idea conduct usrah ust hasrul, cikgu umi dan ramai lagi.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang mengajar saya terutama cikgu-cikgu di Sek Men Sains Tuanku Jaafar. Jasa kalian tidak akan dilupakan sama sekali. Cikgu-cikgu memang best.
p/s: entri ini ditulis pada cuti winter yg lepas, tetapi baru dipost hari ini.
Digg it StumbleUpon Facebook Twitter del.icio.us Google Yahoo!

alahai umair.
sweet2.
haha