Wahai Pemuda..dengar semua
Bila Anda menyaksikan seorang pemuda
yang telah beranjak dewasa
tidak membawa tempat tinta dan kertas,
dan Anda tidak melihat mereka bersama para ‘ulama
di halaqahnya,
mereka tidak akan memperoleh berita-berita yang baik
anggaplah mereka tidak ada
Ketahuilah, mereka itu lemah
mereka telah menukar cita-cita yang tinggi dengan kebodohan.
(Imam Abu Sa’ad As-Sam’ani, Al-Ansab: 8/97)
Hati ini sekali lagi terdetik untuk berkata mengenai pemuda. Entah mengapa hati ini berkobar-kobar untuk menulis. Sayu sekali membaca syair arab ini. Seumpama pemuda tiada lagi kegagahannya, kehandalannya untuk dibanggakan. Hanyut ditelan keremajaan dan hiburan.
Ini pula adalah kata-kata hatiku untuk PEMUDA.
Wahai pemuda,
Dengar semua,
Kita telah lama berjaga dalam tidur,
Diulit keindahan mimpi nyata mahupun maya,
Tidakkah engkau sedari keadaan dirimu,
Wahai pemuda,
Dengar semua,
Kita bukan lagi seperti dahulu,
Disuap kekenyangan, dihampar ketiduran,
Jika mahu kenyang, masak dan makan…
Jika mahu tidur, hampar sendiri ibul…
Wahai pemuda,
Dengar semua,
Kita terkadangnya angkuh
Kita terkadangnya ego
dengan kelebihan diri sendiri.
Tapi tidakkah engkau sedari, ia loan semata.
Wahai pemuda,
Dengar semua,
Kita banyak berkata itu dan ini,
Tapi…dimanakah tindakan kita,
Tidakkan engkau mengambil ibrah dengan kejadian dirimu,
Tidakkah engkau terfikir mengapa diciptakan satu mulut dan dua telinga.
Wahai pemuda,
Dengar semua,
Mari berfikir sejenak,
Mari lihat ke dalam dirimu,
Mari cari siapakah dirimu,
Dirimu adalah cinta pertama bagimu jika engkau sedar.
Wahai pemuda,
Dengar semua,
Kembali lah ke as-solah (ASAL)
Kembalikan ketinggian cita-citamu, kemegahan dirimu,
Ingatlah, dunia ini sementara, keremajaan mu juga begitu.
Gunakanlah untuk mencari dirimu,
Jangan engkau menyesal suatu hari nanti,
Ketika mana ketuaan melewati keremajaanmu….
(Umair Abdullah, Seoul South Korea)
Digg it StumbleUpon Facebook Twitter del.icio.us Google Yahoo!