Mohon Laluan Yang Berhormat

Posted on 1:13 am 

debate1Hari ini 11 April 2009 merupakan satu hari dalam sejarah. Kerana team debate kami memenangi tmpt pertama setelah mengalahkan team dari batch 5. Kumpulan kami disertai 4 org peserta, Sdr ‘Ammar selaku perdana menteri, Sdr Nizam  selaku Timb Perdana Menteri manakala saya dan Sdri Aqilah sbg menteri ketiga. Sdr Nizam telah menonjolkan kehebatannya selaku debater saina seterusnya merangkul gelaran debater terbaik.

Berbalik pasal perbahasan ini, inilah kali pertama sy mencubanya. Berbahas ala parlimen..inilah ayat yg selalu diucapkan, “Yang berhormat, mohon laluan… ataupn…duduk dulu Yg Berhormat”. Disebalik kegentaran buat kali pertama, terdapat juga rasa gembira. Gembira kerana dapat mencuba suatu pengalaman baru dalam hidup. Fuhhh…. ini lah kali pertama dan mungkin kali kedua akan menjelma lagi.

Bercakap mengenai berdebat ini, teringat satu pesanan dalam wasiat Hasan Al-Banna

Janganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan,

Seterusnya diperkuatkan lagi dengan satu hadis Rasulullah SAW yang berbunyi

Aku jamin istana di dasar syurga bagi yang menjauhi debat sekalipun dia benar, dan aku jamin istana di tengah syurga bagi mereka yang menjauhi dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin istana di puncak syurga bagi mereka yang baik akhlaknya. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Bila terbaca wasiat dan hadis diatas, terasa kecut di hati. Sebab itu ketika tiada apa yang perlu diperkatakan, diam adalah yang terbaik. Harapan seterusnya pada diri ini agar perdebatan ini hanya di pertandingan semata-mata, dan dapat dielakkan dari kehidupan yang sebenar. Moga harapan ini tercapai…

Akhir kata,

Ketuk gendang berpalu-palu,
Sampai sakit lengan dan lutut ,
Berbahaslah hanya ketika perlu,
Kerana itulah sikap yang dituntut.

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo!

5 responses to “Mohon Laluan Yang Berhormat”

  1. 'Ammar says:

    Berbahas jika perlu…

    Insya Allah semoga perbahasan tadi hanyalah sekadar berbentuk menyuarakan pandangan dan pendapat utk manfaat semua yg hadir. Bukanlah bersifat peribadi dan memberi effect pd kehidupan yang sebenar.

    Apa-apapun congratz kepada mereka yang berani mencuba terutama adik2 batch 9. Semoga kejayaan menganjurkan debate ini akan secara langsung dapat membuka intelektual daya berfikir student2 di Korea Selatan sejajar dengan dgn globalisasi dan pemodenan yang kian berlaku skrang sprti mana yang diperkatakan oleh En Hanisan tadi. Bukan hanya dipentas2 konsert saja mampu beraksi, namun juga di pentas2 yang memerlukan keberanian utk mengutarakan pemikiran secara akademik dan kritis juga kita mampu.

    So All the best untuk semua !!!

  2. `Ammar M says:

    berdebat utk mencari titik pertemuan,
    bukan mendekati titik pemisah.

  3. lailafillah says:

    salam..erm.kadang2..kite tgk,hasil perdebatan adlh sesuatu yg tdk baik..tetapi..kadg2..ie amat perlu untuk kite menegakkan kebenaran..
    waAllahua’lam..

  4. ulsanian says:

    salam
    anggaplah debat hanya suatu cebisan
    cebisan kpd keberanian
    keberanian utk kedepan
    kedepan menjadi seseorg yg hebat
    hebat kpd diri dan masyarakat.
    masyarakat yg dahagakan pemimpin
    pemimpin yg ulung
    ulung menegakkan kebenaran….
    -ayat seposen-

Leave a reply

waking the dead