Kehidupan, pilihanmu sendiri

Posted on 2:48 am 

merenung-kehidupan

Hari ini, saya melihat satu video yang menyayat hati. Seorang anak melakukan jenayah dan ditangkap polis. Apabila ditanya mengapa bertindak sedemikian, ibubapa dipersalahkan. Aduh, sedih sungguh seorang ibu dan ayah. Di dunia sudah dihina oleh seorang anak yang ditatang dari kecil. Dikucup keningnya. Diazan ke telinganya. Apabila meningkat dewasa, menyalahkan ibu bapanya. Apatah lagi diakhirat nanti. Dimana semua sanak saudara, sahabat handai, ahli keluarga saling menyalahkan satu sama lain untuk menyelamatkn diri.

Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. (43:67)

Berlegar-legar persoalan di kepala saya, kenapa anak-anak ini berlaku sedemikian rupa? Apakah silap si ibu yang mengandung? Kalau iya pun si ayah dan si ibu bersalah, adakah si anak yang sudah dewasa tidak mampu berfikir untuk kebaikan dirinya sendiri? Ahh…itu semua excuse untuk melepaskan diri sendiri. Sudah baling batu, tangan disembunyikan. “Excuse” terhadap kegagalan dan kejahilan diri  telah jelas dipaparkan dalam Al-Quran dimana Allah SWT berfirman

Dan barangsiapa yang mengerjakan kesalahan atau dosa, kemudian dituduhkannya kepada orang yang tidak bersalah , maka sesungguhnya ia telah berbuat suatu kebohongan dan dosa yang nyata. (4:112)

Kehidupan seseorang itu adalah pilihan dirinya sendiri. Saya suka mengambil contoh yang paling jelas. Pelajar kolej DYTC. Exam tinggal lagi 2 minggu, dia boleh pilih samada mula belajar dari sekarang atau hanya menunggu utk buat preparation last minutes. Hasil yang akan dituai terpulang kpd usaha.

Abu Al-Qaasim al-Junaid berkata :

عليكم بحفظ الهمة ، فان حفظ الهمة مقدمة الاشياء

Jagalah himmah kerana ia adalah permulaan bagi semua perkara

Konsep menjadi mukmin yang berjaya. Mahu jadi seorang mukmin yang berjaya juga sama seperti mahu menjadi student yang success. Hasilnya akan selari dengan usaha. Seorang mukmin harus berfikir secara matang dalam memperbaiki diri. Tidak lain dan tidak bukan ia datang dari satu kehendak yang tinggi iaitu himmah aliyah. Sikap menyalahkan orang lain terhadap kejahilan pada diri sendiri amat sangat tidak wajar. Contohnya si anak tadi. Dia menyalahkan ibubapanya.

99NamesMukmin

Dalam mencorak peribadi mukmin, futur atau putus asa perlu dibuang jauh dari kamus kehidupan. Ramai yang berkata, tak ape lah. Aku memang macam ni, dah usaha tetap same je. Mari lihat seorang bayi yang belajar berjalan. Melangkah 2-3 langkah, terduduk kembali. bangun dan cuba lagi…cuba lagi. Sehingga ke satu tahap seorang bayi mampu berjalan untuk mendapatkan ibunya. Semangat yang amat mengagumkan..Tanpa kita sedari, kita juga melalui proses yang sama ketika usia bayi. Dan lihatlah, sekarang kita mampu berjalan dengan sempurna. Tanpa usaha gigih suatu masa dahulu, tidak mungkin sama sekali. Sama-sama kita mengambil ibrah daripada kegigihan seorang bayi.

Semangat memperbaiki diri harus bermula dari sekarang. Hasilnya memang tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat, tetapi percayalah, suatu masa nanti kita akan tersenyum keseorangan memikir perubahan yang telah diusahakan dahulu. Ketika kita lahir di muka bumi, orang disekeliling tersenyum dikala kita menangis. Biarlah ketika meninggal dunia nanti, orang sekeliling menangis, sementara kita tersenyum tanda syukur.

Wahai pemuda, mari merenung sejenak. Saya nak bawa kita menyusuri kisah disebalik ketokohan dan kepahlawanan seorang lelaki bernama Salahuddin Al-Ayyubi. Kisahnya bermula dengan terdapatnya seorang ulama’ besar. Beliau berkahwin dengan seorang wanita yang hebat dan melahirkan seorang anak yang hebat. Bila dewasa anaknya menjadi seorang ulama’ yang hebat dan kemudian membuka sebuah sekolah yang ulung. Di sekolah itu hadirnya seorang guru yang luar biasa. Mendidik penuh kecekalan sehingga terdidiknya seorang anak murid yang hebat. Anak murid itu apabila meningkat dewasa, dia berkahwin dengan seorang wanita yang hebat. Anak pasangan ini adalah dia yang bernama SALAHUDDIN. Hebat bukan??

Sesiapa yang memulakan jalan dakwah dengan serius dan keazaman yang kuat, ia akan kekal di jalan dakwah. Sesiapa yang memulakannya dengan sikap sambil lewa, sikap sambil lewa akan terus menjadi sifatnya. Bahkan mungkin dia tidak akan berjaya untuk mengubahnya walau pun dia mencubanya. Maka, hari-hari permulaanlah yang akan membentuk sikap dan keperibadiannya, bukan yang lain dari itu.

Akhir kata,

فاستبقوا الخيرات

Berlumba-lumba melakukan kebaikan

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo!

4 responses to “Kehidupan, pilihanmu sendiri”

  1. M145 says:

    Setiap makhluk yang ALLAH ciptakan mempunya potensi untuk melakukan kebaikan dan kejahatan.Terokailah kebaikan2 yang telah ALLAH terapkan dalam diri dan jinakkanlah hawa nafsu yang menyelubungi hati agar diri terdorong ke jalan yang diredhai olehNYA.

  2. fidz says:

    betul kata umair.. dengar tu napi.. jangan takde semangat.. chayok2 kepada seluruh warga2 DYTC yang nak exam.. man jadda wajada.. semoga sentiasa berada di landasan dakwah.. insyaAllah..!~ teruskan menulis umair! =)

  3. sis marlina says:

    Good Luck utk Ummair & sahabat2..

    Terima kasih berkongsi tulisan yang bernas lagi baik..;)

  4. liku2kehidupan says:

    M145: InsyaAllah sama2 kita terokai potensi diri ke arah kebaikan.

    fidz: hehe…kne ckp kat napi tu.

    sis marlina: doakan kejayaan kami dlm exam final ni ye. terima kasih kr sudi bc tulisan sy x seberapa ni.

Leave a reply

*

waking the dead