Koreksi Diriku

Posted on 3:02 am 

MuslimMeditation

Hari ini seperti biasa saya akan check semua website yang telah diberi tanggungjawab untuk dikemaskinikan. Tapi kali ini ketika buka admin site kimsnet, terasa seperti sayu semacam. Lepas satu, satu cabaran dihadapi. Banyak betul ranjau dan durinya. Bercabang-cabang laluannya. Berliku-liku lorongnya. Ya Allah, terkadangnya rasa seperti tidak mampu untuk meneruskan perjalanan ini.

Saya bertanya kepada diri sendiri. Kenapa sampai boleh berlaku sebegini? Adakah ini salah diri ini? Adakah salah jalan yang ku pilih ini? Kenapa dia bertindak tanpa mengambil tahu perasaan orang lain? Dahulu saya jenis yang suka mendengar masalah orang lain. Ramai kawan yang datang mengadu masalah mereka kepada saya. Sampai ada seorang rakan yang pernah menangis lagi depan saya. Tapi sejak akhir-akhir ini, saya tidak lagi seperti itu. Bukan kerana hati semakin keras, TIDAK. Tapi keadaan sekeliling yang memaksa. Kalau ada yang datang mengadu, saya akan buat seperti tidak endah. Hati kecil berkata layan lah kawan itu, tapi…. tidak mampu. Hanya doa yang mampu saya sampaikan wahai kawan. Minta maaf kerana tidak menjadi pendengar yang setia. Tapi ketahuilah bahawa doaku sentiasa mengiringi kalian disetiapkali akhir solatku.

Kadang-kadang terasa seperti dirapati ketika ada kepentingan. Tapi ini mungkin lahir dari jiwa yang penuh dosa, jadi saya tolak perasaan syak wasangka ini jauh di satu sudut yang jauh. Biarkan ia pergi.

muhasabahKadang-kadang saya bertanya dalam diri sendiri. Kenapa susah seseorang itu hendak menyahut seruan solat berjemaah? Adakah dia tidak tahu itu berupa hadiah dari Allah yang sangat bernilai? Saya tercari-cari, siapakah yang mahu? Terkadangnya menangis tanpa air mata jika tiada siapa yang turut serta. Mujurlah ada beberapa orang kawan yang concern bab solat jemaah. Terima kasih kawan. Betapa saya ingin ucapkan sangat-sangat terima kasih kepadamu. Tapi tidak terkeluar dari mulutku ini. Cukuplah sekadar senyuman ku ukir ketika bersalaman denganmu. Saya sebenarnya amat malu dengan adik-adik batch 83. Mereka begitu istiqamah dengan solat jemaah. Saya bertanya balik kepada diriku, bagaimana dengan 67? Kalau saya pergi solat  dengan adik-adik dibawah, siapa hendak gerakkan solat jemaah untuk batch saya sendiri. Masalah ini telah lama berlegar-legar dalam kepalaku ini. Arghh…kenapa susah sangat ni. Jadi buat masa ini, saya hanya akan pergi bilik ke bilik tanya siap yang nak ikut solat jemaah. Jawapan yang selalu dengar. “Tak pe, pegi dulu….Nanti aku datang….eh solat dlu la, tak mandi lagi” Kalau kalian hendak tahu, luluh sangat-sangat hati ini dengar jawapan sebegitu. Kalian ini siapa hendak menolak pemberian Allah ini?  Hati kecil saya berkata, ahh lepas ini tak payah la tolong diorang. Kalau ada masalah komputer ke, biar je. Tapi diri ini bukan sebegitu rupa.

Kompleks betul hidup bermasyarakat ini. Kadang terasa keseorangan dalam keramaian. Ya Allah…pandulah hidup ku ini ke jalanMU. Aku sudah muak dengan mereka dan diriku yang selalu ingkar denganMU. Telah banyak kezaliman yang aku lakukan, tiada yang dapat mengampunkan aku selainMU Ya Allah. Ampunkanlah diriku, kuatkanlah diriku, jadikanlah aku hambaMU yang taat, anak yang soleh, sahabat yang terbaik, pelajar yang cemerlang. Ya Allah, hanya kepada Engkau aku berserah, hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan. Amin ya Rabbal’Alamin

entry kali ini sekadar koreksi diriku. Ayat yang tidak mampu diungkap dengan baik melalui tulisan. Tetapi begitu tersusun dalam hati kecilku. Diriku yang kompleks.

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo!

4 responses to “Koreksi Diriku”

  1. m145 says:

    “kasihanilah semua yang dibumi nescaya semua yang dilangit akan mengasihani kamu”~Riwayat Tirmizi~
    Sayangilah sahabat-sahabat hanya kerana ALLAH swt walaupun dugaan dan ujian datang menimpa.Moga dipermudahkan.

  2. likukehidupan says:

    insyaAllah…syukran kerna mengingatkan

  3. amare says:

    ok..lepas ni ana pi solat di kisuk sementara waktu rehat Silseb.

    kalaulah kawan2 tahu kepentingan solat jemaah..takut dalam umur sekarang tak dibiasakan, terbawa sampai ke masa tua. nauzubillah

  4. fidz says:

    Semoga umair menjadi seorang daie yang kuat!

Leave a reply

waking the dead