Belajarlah

Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.
Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya).
Seorang yang hina sekiranya berilmu,
ia menjadi besar bila dikerumuni orang ramai (yang ingin belajar).
Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan),
Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu.
(Syair Arab)
Saya sangat gemar akan syair dan sajak. Lebih-lebih lagi syair Arab yang sangat puitis dan mendalam maksudnya. Kalau kita perhalusi rangkap demi rangkap, memang ada banyak mesej yang boleh diperoleh. Mari sama-sama kita hayati mesej yang terdapat dlm sajak di atas.
Digg it StumbleUpon Facebook Twitter del.icio.us Google Yahoo!