Jasadmu Terkulai Layu
Ketika seorang nenek menyuapkan makanan kepada cucunya, tiba2 nyawanya dicabut dan si nenek tadi jatuh ke belakang, Disambut oleh si suami bergelar datuk. Kematian yang tidak diduga tanpa sebarang penyakit, insiden dan pendarahan. Kematian adalah rahsia Allah. Bila, dimana, bagaimana. Semua persoalan ini sering singgah ke telinga ketika hari kematian.
Bulan 8 yang lepas, saya berpeluang menguruskan jenazah seorang ahli kariah dan juga merupakan saudara jauh belah ayah. Pada malamnya, ayah menerima penggilan telefon mengatakan bahawa seorang ahli kariah meninggal. Jadi pagi besoknya mayat akan dimandi, dikafan dan dikebumikan.
Keesokannya, umi ayah dan saya ke rumahnya. Suasana sayu. Berbeza dari sebelumnya. Memang lain dari yang lain. Terasa seperti hidupan lain turut merasai adanya sebuah kematian. Tugas pertama sy bermula dengan angkat tempat mandi jenazah dari surau ke rumah jenazah. Mula-mula agak takut tapi lepas beberapa lama, rasa ok balik. Lepas sampai ke rumah, sy dan beberapa org pakcik membersihkan tempat mandi itu. Tahi cicak dibuang, diberus sampai bersih. Kemudian kayu diletakkan didalam tempat mandi dan diletakkan bantal di atas kayu itu.

Kemudian jenazah dimandikan. Lama juga menunggu. Lps itu dikafankan. Jenazah diangkat ke bhgn ruang tamu rumah untuk disolatkan. Solat 2 rakaat tanpa sujud dan rukuk. Setelah usai solat, imam tanya kepada jemaah sebanya 3 kali, bagaimana si mati ketika hidupnya, jenazah jawab..BAIK..BAIK dan BAIK. Alhamdulillah.
Jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan. Semua orang tidak bersuara. Sepi je rase suasana. Sesekali terdengar esakan waris jenazah. Anak perempuan yang baru mula berkerja. Kehilangan seorang ibu yang dicintai.

Kubur telah siap digali oleh ahli2 kariah yang ditugaskan. Dalam kwsn sy ni mmg dah ade pakar yang menggali kubur. Jenazah dimasukkan. Kayu diletakkan dicelahan jenazah. Sy dan beberapa org pakcik menimbus kembali setelah jenazah diletakkan dalam keadaan yang baik. Kerja menimbus bukan kerja mudah. Berpeluh-peluh juga dibuatnya. Tidak lama setelah itu hujan turun renyai-renyai. Proses dipercepatkan. Talqin dibacakan utk mengingatkan mereka yang masih hidup.
Tapi persoalannya disini, adakah kita yang masih bernafas mengambil peringatan bhwa kematian itu pasti tiba. Tidak kira kita bersedia atau tidak, ia pasti dtg. Bila, dimana dan bagaimana….itu rahsiaNYA. Tugas kita BERSEDIA. Buatlah amalan sebanyak mungkin.
Daripada Abi Ya’la Syaddad Bin Aus R.A daripada Rasulullah SAW, sabdanya: “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati,sedangkan org yang lemah (tidak cerdik)ialah org yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadaNya tanpa beramal soleh)”. Riwayat Tirmizi.
Kawan-kawan sekalian, walaupun usia kita masih muda. Baru sekitar 20-an. Tapi ingat, kematian tidak mengenal usia. Walau setinggi darjat, harta kekayaan, pengaruh. Tidak satu pun menjanjikan syurga Allah SWT. Kembalilah kita ke jalan Allah, kerana itulah jaminan terbaik sebuah PENGAKHIRAN.
Digg it StumbleUpon Facebook Twitter del.icio.us Google Yahoo!
kematian itu pasti tp rmai yg alpa………
thanks umair ^^
sama2. tazkirah utk semua termasuk penulis ni.
thanks 4 remind us about all of dis…dlm kesibukan kekdg mnusia leka n alpa akn siapa drinya y sebenar…moga iktibar diambil nterkesan djiwa bukan hnya sentuhan yg hilang apbila esknya..i’allah amin…thanks again
ingatan utk sy juga. semoga kesan pd jiwa ini, kesan berpanjangan. bukan sprt sentuhan. time kasih igtkn an.