TAPI, Aku Tidak Mampu

Posted on 1:15 am 
40D_8346a

Aku lihat engkau tidak mengajar anakmu,
Erti sebuah kehidupan
Tapi aku tidak mampu menasihatimu,
Kerna aku khuatir, apabila aku menjadi seorang ayah
Aku pula yang membiarkan anakku terumbang-ambing
menyusuri kehidupan.

Aku lihat engkau tidak menjalankan tugasmu
Mentadbir dunia dengan adil dan saksama
Tapi aku tidak mampu berkata apa,
Kerna aku khuatir, apabila aku menjadi seorang pemimpin
Aku pula yang zalim terhadap kepemimpinanku.

Aku lihat engkau begitu fanatik dengan kekayaan
Menilai dunia dengan wang ringgit dan pangkat
Tapi aku tidak mampu menasihatimu
Kerna aku khuatir, apabila aku berharta sepertimu
Aku pula yang menganggap dunia tujuan utama hidupku.

Aku lihat engkau bersama kekasihmu,
Bermadu asmara tanpa segan silu,
Tapi aku tidak mampu menegurmu,
Kerna aku khuatir, apabila hadirnya cinta manusia pada ku,
Aku turut sama dibuai nafsu dunia.

Ahh…
Itu semua alasanmu untuk terus berdiam.
Sampai bila engkau mahu mengakui ketidakmampuan dirimu?
Sedangkan kata-kata nasihatmu sangat-sangat diperlukan.
Dunia kini bingung,  tiada yang tegar menegakkan kebenaran,
Lantaran semuanya berfikiran sepertimu!!!

Ayuhlah wahai diri,
Bangkitlah!!!
Keluarkanlah dirimu dari kehinaan dan kebinasaan,
Dunia ini tiada erti jika engkau mengampunya,
Akan menjadi bererti jika engkau faham tujuannya diciptakan…..
Menanam benih di DUNIA, menuai hasil di AKHIRAT
____
(coretan Umair Abdullah, 2.04 pagi, 30 Sep 2009)

Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo!

6 responses to “TAPI, Aku Tidak Mampu”

  1. ammare says:

    fuhh dasat tu umair…sedap2!

  2. cernaan batin dari hati yang berkala. lantaran amal tidak bergerak seiring misi perjuangan….

  3. fidz says:

    best2.. leh masuk pertandingan sajak kebangsaan ni..

  4. AbuSafiyyah says:

    Salam ziarah IR (ameen) Umair…

    Wah, dasat dasat orang Korea ni…. Kena import tenaga ni..

    Kagum kagum dengan perjuangan orang Korea :O

    Wassalam
    A.S.

  5. syukran sbb sudi lawat blog ana :)

Leave a reply

*

waking the dead