Kreyszig + Ilmu Baru
Pening kepala mengadap buku “KREYSZIG” lama-lama. Laplace bergantian dengan Fourier. Dua-dua menguji kesabaran akal menilai dan mentafsir. Ilmu memang dasyat, tidak pernah berkesudahan… Banyak lagi yang perlu dipelajari dalam meniti hari-hari seorang bakal Engineer.
Tengah-tengah pagi ini, hati terdetik menulis apa yang baru dipelajari dalam hidup ini, bukan pasal Fourier, bukan juga pasal Laplace tetapi pasal kaum hawa yang unik. Meeting pagi Sabtu tadi membuka mata saya kepada satu pandangan baru. Suatu yang ’simple’ pada seorang lelaki, bukanlah ’simple’ pada seorang perempuan. Dan mungkin juga suatu yang ’simple’ bagi perempuan adalah terlalu ‘complex’ bagi seorang lelaki. Nilaian kita berbeza. Maaf kerana kurang memahami. Diri ini dibesarkan dalam lingkungan adik-beradik lelaki yang ramai.
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.” ~Al-Hujurat, ayat 13.
PERSAMAAN disatukan, PERBEZAAN di raikan. Akan terciptalah satu keLUARBIASAan.
Thanks for the lesson. ^^;;
Digg it StumbleUpon Facebook Twitter del.icio.us Google Yahoo!
