Selamat Tinggal DYTC

Alhamdulillah semalam tamat sudah persekolahan saya di kolej DYTC selama 2 tahun. Harap-harap dapat grade dengan average pointer atas 4.0, tapi tengok lah nanti result nya macam mana. Tak suka mengharap sangat. Bagi saya DYTC adalah langkahan pertama saya ke arah menjadi seorang engineer.
Banyak kenangan belajar dengan pelbagai jenis ragam Lecturer. Ada yang baik dan humble je orangnya seperti 신평호, 이원석 교수님. Ada yang suka berfalsafah dan suka pukul orang seperti 김경희 교수님. Ada yang suka naik-naikkan pelajar malaysia, ada yang suka bagi 재시험 (repeat exam) dan banyak lagi. Apa yang saya kagumi dengan lecturer2 korea terutama yang telah berusia ni, mereka mempunyai banyak falsafah hidup. Mungkin disebabkan ketika muda mereka terlibat dalam perang, menjadikan hidup mereka teguh berprinsip.

Dan tidak ketinggalan kepada cikgu Jong yang rapat sangat dengan pelajar Malaysia. Banyak dia tolong pelajar malaysia di Korea. Dan tidak lupa kepada cikgu Ann yang beri kepercayaan kepada saya untuk kerja di Gym kolej. 쌩교 …정,안 쌤.
Di DYTC ini, pelajar Malaysia diberi bilik khas dan dilengkapi dengan karpet utk solat, komputer dan langsir pemisah lelaki n perempuan. Di bilik inilah kami akan solat berjemaah, kuliah maghrib, mengikuti kelas tafsir dan lain-lain program. Alhamdulillah, selain menyediakan bilik yang selesa, DYTC juga selalu support makanan dan minuman dan juga pelbagai kemudahan kepada kami. Teringat lagi ketika saya menguruskan Program Demi Al-Aqsa yang lepas. Pada mulanya, kami hanya dibenarkan untuk menggunakan dewan bawah tanah. Tetapi tiba2, mereka bagi kami Dewan Audiotrium. Tidak ketinggalan juga sebuah banner besar Demi Al-Aqsa. Cuma apa yang kita perlu buat ialah, buat BAIK dengan mereka. Setiap orang di dunia suka kebaikan, tidak ketinggalan mereka, orang Korea. Itulah fitrah alam…
Dari Abu Ya’la Syaddad bin Aus radhiallahuanhu dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) atas segala sesuatu . Jika kalian membunuh (dalam peperangan ataupun yang lainnya) maka berlakulah baik dalam hal tersebut. Jika kalian menyembelih berlakulah baik dalam hal itu, hendaklah kalian mengasah pisaunya dan menyenangkan hewan sembelihannya.
(Riwayat Muslim)
Dah hampir 3 tahun genap saya menuntut di Korea. Terasa cepat benar masa berlalu. Mengikut perkiraan kasar, insyaAllah saya akan berada di sini 2 tahun lagi untuk balik ke Malaysia bersama segulung ijazah. Dalam baki perjalanan di sini, banyak lagi target bagi diri yang belum tercapai. Banyak lagi yang perlu diperbaiki dan dipelajari.
Do more than belong: participate. Do more than care: help. Do more than believe: practice. Do more than be fair: be kind. Do more than forgive: forget. Do more than dream: work.
Digg it StumbleUpon Facebook Twitter del.icio.us Google Yahoo!
selamat melangkah ke alam u…
cabaran menanti anta di sana.. ^ ^
Ape maksud ” Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal tersebut” ye?
membunuh di maksudkn dlm hadis ni lebih merujuk kpd membunuh dlm peperangan.
boleh juga merujuk kpd perbuatan membunuh seperti bunuh haiwan dll.
afwan kr tidak huraikan lebih lanjut…