Tafsiran
Setelah beberapa perbincangan, saya semakin faham terhadap perkara yang dinamakan “tafsiran”. Seseorang itu akan menafsirkan sesuatu itu berdasarkan siapa dia, dimana dia, dan lain2 faktor persekitaran. Kerana itu, tafsiran ini amat berbeza antara seorang individu dan seorang yang lain.
Begitu juga hal ini berlaku dalam penafsiran al-Quran. Syed Qutb telah menulis Fil Zilalil Quran dengan tinta derita dan sengsara. Ketika itu, beliau sedang menjalani penyeksaan fizikal yang amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Seluruh kesengsaraan ini menjadi faktor terlahirnya tafsir Fil Zilalil Quran yang amat unik, tegas dan keras.
Menafsir adalah milik setiap individu. Memang Allah kurniakan keupayaan ini berbeza setiap manusia. MasyaAllah.. Hebat sungguh ciptaanNya. Pesanku, tafsirlah sesuatu berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah tafsiran anda akan tepat dan selamat.
Digg it StumbleUpon Facebook Twitter del.icio.us Google Yahoo!
