About Me

Ich heiBe 우마이르 Umair bin Abdullah. Dilahirkan tanggal 3 Sep 1988 di Hosp Uni Kuala Lumpur dan merupakan anak ke-3 dari 7 orang adik-beradik. Ayah bernama Abdullah bin Hj Abu Hassan manakala umi bernama Norizan binti Hj Harun. Kami sekeluarga menetap di Gemencheh, N9.
Kini masih menuntut di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan elektronik. Sejak dari kecil terlibat dalam pemasangan komputer telah mendorong diri ini mencintai barang elektrik dan elektronik. Kalau pembaca semua ingin tahu, ayah saya mempunyai sebuah kedai komputer dan sebab itu permainan saya ketika kecil adalah skru-skru dan bahagian-bahagian di dalam komputer seperti harddisk, cdrom dan lln. Saya sering mengimiginasikan sebuah casing umpama satu nakhoda besar yang membawa ramai penumpang iaitu para skru-skru. Agak kelakar jika mengenang zaman-zaman kecil dahulu. Kini saya dan komputer umpama kaki Ronaldo dengan bola. Tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.(rase mcm xkena plak perumpamaan tu :p). Amat benci dengan game komputer. Antara ungkapan yang selalu saya ucapkan kepada kawan-kawan saya yang suka main game ialah, dari kita main game, lebih baik kita belajar cara hendak buat game.
Terjun dalam bidang dakwah sejak dari kecil. Ketika mana selalu melihat usrah umi dan ayah dijalankan di rumah. Kami yang kecil-kecil akan bermain diluar. Masih dapat ingat kenangan itu walaupun sudah lama masa berlalu. Dengan bimbingan agama yang mantap dari rumah, terus membawa diri ini harungi hidup di sekolah rendah dan seterusnya di sekolah menengah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun seringkali kecundang dan tergelincir. Pengalaman yang paling berharga tidak lain dan tidak bukan adalah kenangan di sekolah menengah. Pengalaman yang bagi saya membentuk diri saya yang sekarang. Disanalah sifat kepimpinan dibentuk, disanalah rasa cinta dan kasih sayang berputik, disanalah bermula pengenalan dengan erti usrah dan lain-lain lagi.
Sekali lagi ditekankan bahawa mana-mana entry di dalam blog ini adalah sekadar cetusan rasa dan picisan dari akal fikiran yang tidak seberapa ini. Jika terdapat kesalahan terutama berkaitan Al-Quran dan hadith, dengan rendah dirinya mohon ditegur.
Wassalam…