Archive for the ‘Coretan’ Category

Jagalah Hati

Posted on 12:08 pm 

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka...

Promo Jalinan Ukhuwwah

Posted on 1:03 am 

Alhamdulillah selepas 2 hari berhempas pulas, siap juga video promo last2 minute ni. Sebenarnya dah lama nak mendalami ilmu After Effect ni, tapi disebabkan keupayaan komputer sebelum ni, niat terpaksa dihentikan sementara waktu. 3 minggu lepas, saya baru tukar motherboard n processor baru yang mantap. Gembira sangat, misi dapat diteruskan....

Selamat Tinggal DYTC

Posted on 2:15 pm 

Alhamdulillah semalam tamat sudah persekolahan saya di kolej DYTC selama 2 tahun. Harap-harap dapat grade dengan average pointer atas 4.0, tapi tengok lah nanti result nya macam mana. Tak suka mengharap sangat. Bagi saya DYTC adalah langkahan pertama saya ke arah menjadi seorang engineer. Banyak kenangan belajar dengan pelbagai jenis ragam...

Kreyszig + Ilmu Baru

Posted on 2:50 am 

Pening kepala mengadap buku “KREYSZIG” lama-lama. Laplace bergantian dengan Fourier. Dua-dua menguji kesabaran akal menilai dan mentafsir. Ilmu memang dasyat, tidak pernah berkesudahan… Banyak lagi yang perlu dipelajari dalam meniti hari-hari seorang bakal Engineer. Tengah-tengah pagi ini, hati terdetik menulis apa yang baru dipelajari dalam hidup ini, bukan pasal Fourier, bukan...

Jambatan 양화대 (YangHwa)

Posted on 7:53 pm 

Setiap kali perjalanan dari masjid ke kolej, bas yang saya naiki pasti akan melalui salah satu jambatan di Seoul. Seoul mempunyai 27 jambatan yang menghubungkan barat dan timur Seoul. Setiap jambatan itu ada design yang berlainan. Walaupun dah dekat 3 tahun di Korea, jambatan-jambatan ini masih menjadi halwa mata setiap...

Micro-P

Posted on 3:53 pm 

Kenangan terakhir di lab (본) 412 (전자과) Alhamdulillah, hari ini tamat kelas Micro-P. Dalam kelas ini, kami perlu buat 3 modul litar dan akan dicantumkan menjadi satu microprocessor. Terseksa juga nak buat 3 litar ini. Seronok juga rasa bila satu beban sudah terlepas. Syukur sangat-sangat. Erm…satu pengajaran saya dapat ketika kelas terakhir...

Chemistry Lab

Posted on 12:52 am 

Minggu ini adalah minggu terakhir utk kebanyakan benda di kolej. Semalam hari last saya masuk lab kimia. Terdetik kat fikiran, lepas ni x akan masuk lab kimia lagi. Balik dari lab kimia, duduk kat bilik mengadap komputer. Tiba-tiba Mano datang, dari SNU. Jadi kami pun borak-borak tentang masa depan. Tidak...

Kembali Bermuhasabah

Posted on 1:24 am 

Hari ini sangat bermakna. Diri ini dapat teguran ikhlas dari seorang rakan. Banyak kekurangan dan keterlanjuran yang kadang-kadang diri ini terlalu ambil mudah. Akan cuba perbaiki kelemahan ini di masa akan datang. InsyaAllah. Doakan diri ini ya… Ya Allah, bantulah aku perbaiki kelemahan diriku ini. Kembali...

TAPI, Aku Tidak Mampu

Posted on 1:15 am 

Aku lihat engkau tidak mengajar anakmu, Erti sebuah kehidupan Tapi aku tidak mampu menasihatimu, Kerna aku khuatir, apabila aku menjadi seorang ayah Aku pula yang membiarkan anakku terumbang-ambing menyusuri kehidupan. Aku lihat engkau tidak menjalankan tugasmu Mentadbir dunia dengan adil dan saksama Tapi aku tidak mampu berkata apa, Kerna aku khuatir, apabila aku menjadi seorang pemimpin Aku pula yang zalim...

Bila Takbir Bergema

Posted on 11:45 pm 

Dah lama sangat rasanya tidak menulis dalam blog likukehidupan ini. Walaupun kelas agak kosong, tapi masih tidak berkesempatan. Dikesempatan masa yang kecil ini, saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Perasaan bercampur-baur sikit malam ini,  gembira sebab esok raya, sedih Ramadhan telah berakhir. Cuma apa yang diri...

 Page 1 of 3  1  2  3 »
waking the dead